Tuesday, August 6, 2013

usahawan KAPIT's


KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN. 



Wednesday, July 31, 2013

wadah baru. welcome to The KAPIT's new site.



ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT SEJAHTERA.
holla!
alhamdulilah. bersyukur Ramadhan kali ini admin berpeluang untuk mewujudkan new look site for rebranding our new products.
mesti semua tertanya-tanya dimanakah lokasi sebenar tempat kami berniaga. here is the address.

M05, DESASISWA TEKUN
KOMPLEKS RST (RESTU, SAUJANA TEKUN)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800, MINDEN,
PULAU PINANG. 

Untuk pengetahuan semua, THE KAPIT's merupakan satu entiti perniagaan yang dianggotai oleh 5 orang usahawan muda dari USM sendiri. menetap di Desasiswa Tekun ( www.tekun.usm.my ). 
Kami menjalankan perniagaan makanan ( Deli product) dan di bawah ini adalah senarai makanan yang kami provided di USM. 



seleksi aiskrim Roti dan Cup. 
dicipta khas bagi mendinginkan hari panas anda! 

seleksi Aiskrim Cone
untuk gaya hidup yang simple. 
ready-to-go.


Aiskrim Goreng
Kelainan nyata yang mempesonakan.
panas diluar, sejuk di dalam. 
pastinya memukau!

Float dengan campuran aneka aiskrim 
pilihan bernas 
kepulan asap seolah olah berada di DREAMLAND! 


Roti Impitt Ayamaz. 
branding nyata THE KAPIT's.
pelbagai aneka premium! 
hot staff! 

Monday, June 18, 2012

HARI RAYA & KUIH RAYA

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

apa khabar anda semua pelanggan SHASHAKA INOKREAT?sudah agak lama admin tidak updated  blog  kerana admin begitu  sibuk dengan promosi produk SHASHAKA INOKREAT dan kini sekali lagi SHASHAKA  INOKREAT berbesar hati untuk membuat satu promosi baru yang hangat. sempena menjelang HARI LEBARAN AIDILFITRI yang akan disambut kurang dari 2 bulan lagi, maka tahun ini SHASHAKA INOKREAT akan mengeluarkan kuih raya yang terbaik dari ladang.. hahhaha maknanya sedap la..untuk pengetahuan semua, tahun lepas dan tahun sebelumnya juga Syarikat kami ada mengeluarkan kuih raya cuma tidak dipromosikan secara besar-besaran jadi, pada tahun ini kami akan mengeluarkan kuih raya untuk seisi keluarga.kepada semua pelanggan SHASHAKA INOKREAT yang tinggal di  area Kuala Lumpur yang ingin menjadi   membeli kuih raya keluaran syarikat kami atau menjadi agen, bolehlah emailkan details anda ke email  qkudos@yahoo.com. 

antara kuih yang di jual adalah terlaris sekali adalah ;LONDON ALMOND,TART NENAS,SAMPERIT,COKLAT CHIPS,CORNFLAKS MADU

CEPAT!! REBUT PELUANG INI!  

Thursday, February 23, 2012

cawangan baru

Alhamdulilah,
kini SHASHAKA INOKREAT FRIED ICE CREAM, telah melebarkan cawangan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lebih tepat lagi kini cawangan yang yang k-3 syarikat kami ini dibuka di cafe wakdol, Marhallah Sumayyah.

terima kasih kepada pemilik Wakdol En Shuhaimi dan Pn Junita Alisa yang mempercayai produk keluaran kami dan menjadi penjual Aiskrim Goreng keluaran kami.

kepada semua yang inginkan produk aiskrim goreng keluaran kami, anda boleh hubungi kami melalui email syarikat kami.

cepat produk ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada seluruh isi rumah anda!. percayalah, inilah hidanagan terlazat abad ini!!. ~

Friday, June 24, 2011

ILUSTRASI

ORIGINAL VANILA

VANILA COKLAT

KELADI

ORIGINAL COKLAT

COKLAT MINT

ini adalah ilustrasi sebenar produk keluaran kami yang paling mendapat sambutan. perisa-perisa ini mendapat permintaan yang paling banyak di kesemua cawangan Shashaka Inokreat Enterprise..

CEPAT! HUBUNGI KAMI DAN PASARKANLAH PRODUK INI DITEMPAT ANDA. ANDA MAMPU MENARIK PELANGGAN DAN MENDAPAT KEUNTUNGAN YANG LUMAYAN!!

Saturday, June 4, 2011

ALUAN..

ASSALAMUALAIKUM..

Pertama sekali bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaannya dapat saya menapak di dalam dunia perniagaan yang saya usahakan dengan penuh kegigihan. Apa yang dapat saya kongsikan bahawa dunia perniagaan dan minat berniaga sudah lama saya pupuk. Sejak dari usia 10 Tahun lagi saya sudah berjinak-jinak dengan memperdagangkan Sticker animasi di dalam bas sekolah kepunyaan bapa saya. Waktu itu, saya membeli sticker-sticker animasi itu di Pudu yang ketika itu banyak kedai menjual jajan-jajan untuk peniaga kecil kecilan. Waktu itu, seronok tatkala Sticker seperti, DIGIMON,POKEMON, ROLLER BLADE, TAMIYA, DORAEMON DAN MICKEY MOUSE menjadi kegilaan budak-budak ketika itu. Walau masih berumur 10 tahun, saya sudah pandai mengira keuntungan dan sudah pandai mencium duit.. Waktu itu juga emak dengan ayah saya menggelar saya sebagai usahawan kecil..

Saya masih ingat, kadangkala apabila sticker yang dijual tidak laku, saya menyorokkan sticker yang tidak laku tadi dan claim kepada ayah saya. Apabila ayah saya tahu tentang itu, ayah berkata, memang ramai orang yang tidak jujur ketika berniaga, tetapi ketidakjujuran itu nanti akan memakan diri kita tatkala orang sudah tidak mempercayai lagi dengan kita, dan berlaku tidak jujur ketika berniaga itu adalah perbuatan yang haram dan jangan sesekali biarkan harta dari sumber yang haram itu masuk ke dalam tubuh, kelak itu adalah makanan bagi api neraka. ya, saya masih ingat tentang hal itu. TERIMA KASIH AYAH..

Bercerita tentang produk yang syarikat saya pasarkan, ia adalah satu produk makanan yang secara peribadinya saya telah usahakan sejak 6 tahun yang lalu. Namun demikian, produk ini secara sahnya telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai Februari tahun ini. 5 tahun yang lalu walaupun saya masih bersekolah di sekolah menengah, saya telah mula memasarkan di sekitar kawasan rumah flat saya. Dengan jolokan "AISKRIM GORENG, HIDANGAN TERLAZAT ABAD INI' ramai yang tertanya-tanya bagaimana aiskrim boleh digoreng. Oh, saya tidak akan bercakap tentang resipinya kerana resipi adalah rahsia. Walau bagaimanapun, ia menjadi bahan bualan dan setiap orang ingin merasa kesedapannya. waktu itu juga,saya hanya menjual ketika cuti panjang persekolahan, dan apabila tamat cuti persekolahan, ramai yang tertunggu-tunggu dan tercari-cari aiskrim goreng saya.

Dan kini, setelah 6 tahun berlalu kini semangat untuk mengkomersialkan produk ini menjadi realiti. Dan saya amat mengalukan sebarang pertanyaan dan tempahan bagi semua restoran dan warung kedai makan yang ingin memasarkan produk AISKRIM GORENG keluaran SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus bertanya di ruangan Chat box atau ruangan komen atau terus emailkan kepada saya.

Anda yang tinggal di sekitar Bandar Tun Razak yang ingin merasa kesedapan aiskrim goreng keluaran saya bolehlah mengunjungi ke kedai yang beralamat di bawah :

KEDAI HAJI RAFAIEE
JALAN BUDIMAN 10, FLAT TAMAN MULIA,
BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS
atau petunjuk yang paling senang adalah
WARUNG INI BERHADAPAN DENGAN
SMK SERI MULIA
berdekatan dengan
TAMAN TASIK PERMAISURI CHERAS.

Bagi para pelajar yang bersekolah di SMK VICTORIA, JALAN HANG TUAH, anda boleh terus ke kantin sekolah anda untuk merasa kesedapan aiskrim goreng ini. Produk keluaran kami telah dipasarkan di sekolah anda.

Tidak ketinggalan, bagi pelajar dari SMK SERI BINTANG SELATAN DAN SMK SERI BINTANG UTARA, anda juga boleh dapatkaan produk aiskrim goreng ini di kedai serbaneka ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG.

kini AISKRIM GORENG keluaran kami terdapat dalam 8 perisa
coklat
vanilla
vanilla coklat
vanilla strawberry
mixberys
keladi
jagung
coklat mint
paddle pop(rainbow)

jadi tunggu apa lagi?? CEPAT! RASAILAH KESEDAPAN HIDANGAN TERLAZAT ABAD INI!